Kumpulan NAZA teroka perniagaan durian

Berita Harian Online | 23 June 2023

KUALA LUMPUR: NAZA Corporation Holdings Sdn Bhd (Kumpulan NAZA) mengumumkan usaha niaga baharunya, projek perladangan durian di bawah NAZA Agro Plantation (NAZA Agro).

NAZA Agro telah memulakan fasa pertama projek untuk mengusahakan kira-kira 234.7 hektar daripada 809 hektar tanah di Raub untuk durian, dengan tumpuan khusus kepada Musang King dan varian premium lain.

Dari kiri, SM Faliq SM Nasimuddin, Nur Nadia SM Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin dan SM Nasarudin SM Nasimuddin pada majlis pelancaran fasa pertama projek mengusahakan kira-kira 234.7 hektar daripada 809 hektar tanah di Raub untuk durian, dengan tumpuan khusus kepada Musang King dan varian premium lain.